"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"

Custom Search

Sunday, January 10, 2010

date

ntah la.. begitu ramai yg menasihati aku.. aku suka membaca dan menghayati nasihat2 yg diberikan dan di-post-kan ke blog aku.. tp selalunya berkesan di hatiku sekejap sahaja...

aku akan baca lagi, menyimpan dalam hati semoga semua nasihat itu menjadi kata-kata semangat untuk ku berubah.. tapi syaitan slalu berada di mana2 sahaja...

aku masih juga dgn kegiatan ku.. sukar utk di bendung.. biarlah luahan di blog ini menjadi peneman dan tempat melepaskan rasa kekesalan dan dilema ini..

lebih teruk dari itu, aku telah mula berjinak2 utk mengadakan date... mencari sesiapa di luar sana melalui internet, lalu berkenalan dan berjumpa.. tapi setakan ini semuanya hanya perancangan.. belum ada yg aku hadiri pertemuan itu... sesungguhnya aku takut, tapi nafsu ini kuat mendorong...

aku takut diriku akhirnya akan terjebak juga... aku takut memikirkan apa yg bakal aku lakukan...