"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"
Custom Search

Monday, August 31, 2009

september

hari ni 31 ogos.. esok akan bermulanya hari baru di bulan september.. sudah 2 bulan aku tidak mengupdate blog ini... ya aku tlah buat keputusan utk berubah, dan aku dlam proses melakukan perubahan..

tetapi aku juga telah membuat keputusan. aku tidak mahu melibatkan orng ketiga, aku tidak mahu memperalatkan orng lain hanya semata2 mahu merubah diri aku. kerana aku belum tentu berjaya. walau bgaimanapun aku tetap akan mencuba...

gadis yg pernah melafazkan cintanya kepada ku, aku tolak dengan baik. aku berikan alasan tertentu, tetapi tidak berterus terang tentang naluri ku yang pelik ini. aku tidak berani untuk berterus terang. kami telah lama kawan, aku tidak mahu kehilangan seorng kawan hanya kerana aku ini memiliki naluri yg songsang.. aku tidak mahu kawan aku memandang serong terhadap ku... aku malu...

memang betul kata amris. die salah seorng yg tlah memberikan komen kepada entry aku yg sebelum ini. katanya, aku akan menganiayai golongan wanita sekiranya aku menjalin hubungan cinta dan kasih sayang sedangakan aku belum berubah sepenuhnya.. aku bersetuju dgn kata2nya itu... aku tidak boleh menjadikan cinta seseorng wanita sebagai percubaan mahupun alat untuk merubah ku... aku bersalah kiranya itu yg aku lakukan.

biarlah aku merahsiakan keganjilan diriku ini dari sesiapa pun, kerana aku tidak berani untuk mengaku dan berdepan dengan sesiapa sekiranya orng itu mengetahui tentang perihal diriku. Tetapi dalam masa yang sama, aku akan tetap cuba untuk berubah, menjadi lelaki yg sejati...

aku akan tetap berdoa semoga Allah menjadikan aku sebaik2 lelaki yg mana pasagannya adalah seorng wanita...

semoga aku mendapat kekuatan dan petunjuk daripadaNya...