"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"
Custom Search

Saturday, May 1, 2010

menangis

sedih dan mengalir air mataku tatkala membaca semula entri-entri aku yg lama dan komen-komen serta nasihat dari para pembaca yang mengambil berat tentang diri ku. dari post aku yang pertama pada 22 Februari 2009 hinggalah hari ini, sudah lebih setahun blog ini wujud dan menemaniku dalam mengharungi hidup-hidup ku yang seterusnya.

membaca semula komen-komen di sini, aku sangat berterima kasih; sebenarnya ramai yang memberikan aku nasihat, hanya aku yang kurang menghayati.. nasihat-nasihat yang baik hingga menyentuh perasaan aku. aku menangis membaca komen-komen mereka. aku sangat tersentuh membaca komen seseorang bernama ai@reel. nasihatnya ringkas tapi mendalam. aku ingin menjadi sepertinya. menikmati cinta bersama insan bernama wanita yang turut dicintainya. aku cemburu padanya.

satu hari nanti aku pasti akan mengecapi bahagia juga..!! aku tidak seharusnya memandang ke belakang lagi, aku patut pandang ke depan dan merancang kehidupan bagaimanakah yang aku inginkan di masa hadapan nanti. sesungguhnya masa hadapan itu tidaklah jauh sangat, pejam-celik pejam-celik, kini aku dah 25 tahun. sikit tahun lagi aku dah capai 30 tahun.

bahagiakah aku di masa depan nanti..? insyaAllah.