"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"

Custom Search

Saturday, May 1, 2010

menangis

sedih dan mengalir air mataku tatkala membaca semula entri-entri aku yg lama dan komen-komen serta nasihat dari para pembaca yang mengambil berat tentang diri ku. dari post aku yang pertama pada 22 Februari 2009 hinggalah hari ini, sudah lebih setahun blog ini wujud dan menemaniku dalam mengharungi hidup-hidup ku yang seterusnya.

membaca semula komen-komen di sini, aku sangat berterima kasih; sebenarnya ramai yang memberikan aku nasihat, hanya aku yang kurang menghayati.. nasihat-nasihat yang baik hingga menyentuh perasaan aku. aku menangis membaca komen-komen mereka. aku sangat tersentuh membaca komen seseorang bernama ai@reel. nasihatnya ringkas tapi mendalam. aku ingin menjadi sepertinya. menikmati cinta bersama insan bernama wanita yang turut dicintainya. aku cemburu padanya.

satu hari nanti aku pasti akan mengecapi bahagia juga..!! aku tidak seharusnya memandang ke belakang lagi, aku patut pandang ke depan dan merancang kehidupan bagaimanakah yang aku inginkan di masa hadapan nanti. sesungguhnya masa hadapan itu tidaklah jauh sangat, pejam-celik pejam-celik, kini aku dah 25 tahun. sikit tahun lagi aku dah capai 30 tahun.

bahagiakah aku di masa depan nanti..? insyaAllah.

14 comments:

Anonymous said...

insyallah Tuhan membantu kamu untuk berada di jalan yg lurus..

chipmunks mengerti apa yg kamu rasakan...tapi, kamu haruslah kuat. menangis lah jika ia mampu untuk melembutkan hati kita untuk meninggalkan larangan Nya..alangkah beruntung jika chipmunks juga mampu menangis seperti tangisan kamu itu.. alangkah indahnya dunia yg kita tinggal hanya sementara ini berteman kan insan yg bergelar wanita(bagi lelaki)..

maafkan chipmunks kerana memberi nasihat sedangkan chipmunks pun kadang-kala lalai dengan nafsu diri..

Shayne said...

hav faith my dear

azusa254 said...

Allah S.W.T tidak pernah mengecewakan hamba2Nya...segalanya terletak pada tangan hamba2Nya
Berusahalah =)

tidak dikehendaki said...

chaiyok2 abg. ;)

azusa254 said...

saudara...saya ada lagi url baru yang saya nk bg...cubela baca...membaca benda2 yang melibatkan kebaikan merupakan selangkah anda mendekati Allah S.W.T....berusahalah saudaraku =)
http://ms.langitilahi.com/motivasi-mengapa-tidak-mampu-keluar-dari-lubang-dosa/

takpun anda cuba berbual dengan si dia ni...mungkin dia dapat membantu anda =)
http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=1395571657&ref=ts

Anonymous said...

first time baca blog ni. sama kes mcm aku kot. aku pun kdg2 dilema. kadang2 rasa gaya. kadang2 aku terasa nak kawin cepat2 dengan harapan segala masalah yg aku hadapi selama ini akan selesai.

tapi entahlah, org kata cakapa mmg senang. tapi yg nak menghadapi nya kita.
entahlah, aku pun tak tahu bila semua ini akan berakhir.

KITA SERUPA.

Afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Emmmm bagus lah katanya cam tu....tapi menagis tak mengubah ape-ape pun.....

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Anonymous said...

first time baca blog ko.. sorry la kalo ayat aku maybe kasar skit..
ko asyik mintak pendapat/sokongan org agar berubah, asyik bgtau yg ko menangis nak berubah.. TAPI.. apa yg dh ko buat utk berubah?? stakat nangis berbaldi2 takde makna la bro.. last2 boleh lak ko bercouple dgn lelaki kan...

aku takkan bg nasihat baik2 mcm org lain sbb sampai bila ko nk dimanja dgn nasihat melankolik mcm tu...

susah nk berubah? mmg susah.. mcm mana aku tau? SBB AKU PUN MENGHADAPI MASALAH YG SAMA MCM KO!!... tp aku takde la nk meratapi nasib aku sepanjang masa.. menangis tak tentu hala, but still buat lagi benda2 yg kononnyer ko dah tak nak buat..

hidup kene kuat.. tekad kene teguh.. kalo ko still mcm ni.. trust me, lagi 1000 thn pun ko takkan BERUBAH!!

-zack-

Anonymous said...

salam shah..
maafkan sye jika mengggu, saya ingin menyatakn srba sdkit kenpa saya mampu hadapi ujian ini dengan tabah.
sayapun menyukai kaum sejenis......
hanya satu prinsip dalam hidup sya yang membuatkan saya tabah menghadapi semua ini...
hidup ini adalah ujian daripada allah, kita sebagai hambanya akan menerima pelbagai dugaan... bagi kita, allah telah menguji kita dengan memberikan satu perasaan yang songsong dan tidak normal ... pada mulanya, saya pun berfikir kenapa aku dilahirkan begini. kenapa aku menyukai kaum sejenis, perasaan ini bukannya mudah untuk diubah dan lain2 lagi, ttpi dengan izinnya, aku berdoa setiap malam , aku muhasabah diri,dan aku teliti apa yang sebenarnya berlaku..allah telah memberikan aku hidayah ... allah telah memberikan aku petunjuk yang sebenarnya semua ini adalah dugaan yang allah berikan, semua ini hanya kerana satu sahaja, iaitu kerana allah inginkan kita selalu mengingaitinya..........
allah memberi dugaan ini kerana allah masih sayangkan kita.... bagi orang yang lain , yg tdk mempunyai dugaan seperti kita. mereka akan terus hanyut dengan perbuatan maksiat mereka... mereka tidak sedar mereka melakukan dosa kerana sudah biasa lelaki dan perempuan apa yang nak dimalukan... kita seharusnya besyukur allah merberikan dugaan ini kepada kita...........
dalam menghadapi ujian ini. terlalu bayak pengorbanan yang kita lakukan... namun kita harus ingat perngorbanan kita yang selama bertahun tahun bersabar dari terjerumus ke dunia "itu"... akan dibalas oleh allah di akirat kelak... ingatlah saudara, naluri yang kita miliki ini adalah milik allah.... aku pasti ada hikmah di sebalik semua ini... teruskanlah menghadapi cabaran ini dengan tabah dan penuh kesabaran ... luahkanlah segala yang terpendam di dlam hati anda ke dalam blog ini... dengan doa dan berkat kesabaran kita.insyaallah ada ganjaran yang menanti kita di akirat kelak.
itulah prinsip saya , selagi sya mmpu menghadapi dugaan ini , selagi itu semakin bayak kenikmatan yang berpanjangan akan allah kurniakan pada akhirat kelah... teruslah bersabar menghadapi semua ini , keajaiban akan menjelma juga akhirnya.....
~saudaramu~

azusa254 said...

anonymous:yer,org memang suke cakap mcmtue..."cakap memangla senang,tapi kite yang nak kene hadapinya"....

tapi awak kene tahu,setiap manusia di dunia ni mesti ada masalah...
even saya sendiri pun ada masalah,dan kdg2 kwn2 saya bg nasihat,saya pun pernah cakap"cakap memangla senang"....memangla cakap senang,n nk buatnyer susah....tapi Allah s.w.t dah bagi kudrat,hati dan akal kepada kite untuk berusaha,kita je yang xnk,kite je yg bg alasan untuk terus melakukan dosa....kalau kite rasa diri kite susah,ada org laen yg lagi susah dari kite tau....

kite ni hamba Allah s.w.t,sering dirunding masalah,tapi Allah S.W.T xkan menguji hamba2nya diluar batasan kemampuan hamba2nya....
dalam ayat al-quran pun ada cakap...

sorila kalau bersikap kurang ajar,cume saya rasa awk patut bg kata2 semangat pada dia,bukannya terus menggalakkan dia untuk melakukan dosa....sori to say...
assalamualaikum

azusa254 said...

Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia
mendapat pahala kebaikan Yang diusah...akannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan Yang diusahakannya"(surah al-baqarah,ayat 286)

saya said...

saya mencadangkan saudara menonton sinetron ketika cinta bertasbih spesial ramadan dan Ayat2 Cinta dan anda akan dapat merasakan kehebatan cinta lelaki muslim sebenar..arap secara tak langsung dapat memotivasikan diri anda untuk tidak terjerat ..

Anonymous said...

bro, aku nak kaji persekitaran kau dengan keluarga kau boleh tak?

hubungan kau dengan mak macam mana?

hubungan kau dengan abah macam mana?

kau ni anak sulung ke... tengah ke... atau bongsu?

adik beradik kau ramai yg lelaki ke atau ramai yg perempuan?

kau ada rasa terasing tak dengan salah satu atau mana2 ahli keluarga kau? maksud aku ahli keluarga yg mana kau paling dingin tak rapat atau kurang rapat atau tak bertegur sapa.



antara mak dengan abah kau yg mana kau lebih rapat? yg mana satu yg kau selalu bermanja?



dan yg last sekali kau pernah bergaduh dengan mana2 ahli keluarga kau tak? atau kau ada menaruh rasa dendam dengan mana2 ahli keluarga kau tak?

layanan terhadap kau dari setiap ahli keluarga pulak macam mana? apa yg kau rasa kurang dan lebih dari layanan mereka?

ada tak org luar atau saudara mara yg kau paling rapat macam ahli keluarga sendiri dan sangat ambil berat dan sayang kat diri kau ni?

itu saja setakat ni... feedback dari kau sangat vital dlm hal ni. aku akan cuba sedaya upaya.

sally said...

salam awk... kdg2 xsume yg kite inginkan dlm hdp kita akn dpt, tp jika tiada daya usaha sendiri dlm mencapai apa2 jua smpai bila2 kita xkan dpt.. kitaorg hanya mampu bg nasihat tp hakikatnya dlm diri awk sndr, andai terpalit rasa ingin berubah, segeralah minta pertolongan org2 terdkt dgn awk tuk berubah dan merubah... jika hanya sekadar keinginan tp tiada pelaksanaannya, tiada yg akan berubah.... jika sudi sy sudi membantu...