"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"
Custom Search

News

Sunday, January 10, 2010

date

ntah la.. begitu ramai yg menasihati aku.. aku suka membaca dan menghayati nasihat2 yg diberikan dan di-post-kan ke blog aku.. tp selalunya berkesan di hatiku sekejap sahaja...

aku akan baca lagi, menyimpan dalam hati semoga semua nasihat itu menjadi kata-kata semangat untuk ku berubah.. tapi syaitan slalu berada di mana2 sahaja...

aku masih juga dgn kegiatan ku.. sukar utk di bendung.. biarlah luahan di blog ini menjadi peneman dan tempat melepaskan rasa kekesalan dan dilema ini..

lebih teruk dari itu, aku telah mula berjinak2 utk mengadakan date... mencari sesiapa di luar sana melalui internet, lalu berkenalan dan berjumpa.. tapi setakan ini semuanya hanya perancangan.. belum ada yg aku hadiri pertemuan itu... sesungguhnya aku takut, tapi nafsu ini kuat mendorong...

aku takut diriku akhirnya akan terjebak juga... aku takut memikirkan apa yg bakal aku lakukan...

Saturday, November 7, 2009

nafsu

Dalam diam, aku masih juga melakukan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada perihal gay..

Aku masih lagi mengharap cinta dari insan bergelar lelaki. Sekali sekala aku masih lagi mencari lelaki di luar sana untuk memberikan aku cinta.. Aku masih juga menonton dan mendownload cerita-cerita gay.

Tidak tahu apa yang akan jadi terhadap diri ku... Ingin ku berubah, tapi hakikatnya aku tetap melakukan aktiviti-aktiviti yang membawaku semakin dekat kepada dunia gay.

Syukurlah sampai sekarang aku masih selamat dan terlepas dari melakukan apa-apa yang mungkin melampaui batas. Tapi satu hari nanti aku tidak tahu..

Aku tidak tahu sejauh mana aku dapat mengawal nafsu ku.. Dilemaku masih lagi menghantui ku..

Monday, August 31, 2009

september

hari ni 31 ogos.. esok akan bermulanya hari baru di bulan september.. sudah 2 bulan aku tidak mengupdate blog ini... ya aku tlah buat keputusan utk berubah, dan aku dlam proses melakukan perubahan..

tetapi aku juga telah membuat keputusan. aku tidak mahu melibatkan orng ketiga, aku tidak mahu memperalatkan orng lain hanya semata2 mahu merubah diri aku. kerana aku belum tentu berjaya. walau bgaimanapun aku tetap akan mencuba...

gadis yg pernah melafazkan cintanya kepada ku, aku tolak dengan baik. aku berikan alasan tertentu, tetapi tidak berterus terang tentang naluri ku yang pelik ini. aku tidak berani untuk berterus terang. kami telah lama kawan, aku tidak mahu kehilangan seorng kawan hanya kerana aku ini memiliki naluri yg songsang.. aku tidak mahu kawan aku memandang serong terhadap ku... aku malu...

memang betul kata amris. die salah seorng yg tlah memberikan komen kepada entry aku yg sebelum ini. katanya, aku akan menganiayai golongan wanita sekiranya aku menjalin hubungan cinta dan kasih sayang sedangakan aku belum berubah sepenuhnya.. aku bersetuju dgn kata2nya itu... aku tidak boleh menjadikan cinta seseorng wanita sebagai percubaan mahupun alat untuk merubah ku... aku bersalah kiranya itu yg aku lakukan.

biarlah aku merahsiakan keganjilan diriku ini dari sesiapa pun, kerana aku tidak berani untuk mengaku dan berdepan dengan sesiapa sekiranya orng itu mengetahui tentang perihal diriku. Tetapi dalam masa yang sama, aku akan tetap cuba untuk berubah, menjadi lelaki yg sejati...

aku akan tetap berdoa semoga Allah menjadikan aku sebaik2 lelaki yg mana pasagannya adalah seorng wanita...

semoga aku mendapat kekuatan dan petunjuk daripadaNya...

Sunday, June 7, 2009

sepi

sudah lama aku menyepikan diri dgn tidak mengupdate blog ini... bnyk yg aku lalui, dan bnyk pula benda yg telah berlaku dalam beberapa bulan ini.. minta maaf kepada semua yg membaca dan mengikuti blog aku ini... aku kurng meluangkan masa utk mengupdatenya. bukan kerana apa, tp kerana aku tidak lagi mencari apa2 di alam siber ini..

ya, aku mahu berubah.. aku telah buat keputusan utk memaksa diri aku utk berubah.. walau apa skalipun halangannya... atau mungkin sesekali aku tergelincir sedikit, tp selagi aku tidak menyimpang jauh, aku percaya aku masi boleh brubah... aku tekadkan diriku utk berubah dan menghapuskan segala rasa yg aku pendam di dalam diiri aku ini...

aku pasti, akan ada caranya...

dan terima kasih juga kepada ramai yg menasihati dan memberikan komen kepada aku di dalam blog ni.. semuanya aku baca, semuanya aku hayati dan aku ingin ingati nasihat2 tersebut... susah tetap susah, tp itulah yg terpaksa aku tempuhi... dgn kkuatan dan keazaman, aku menaruh harapan utk merubah..

sebenarnya, dlm waktu beberapa bulan ini, aku cuba merapatkan hubungan aku dgn seorang kawan ppuan... kami memang rapat, dan aku tahu die menaruh hati terhadap aku.. aku ingin mmbalas cinta nya, keran dia seorng ppuan yg sempurna serba serbi... mengenali ppuan sepertinya yg telah menaruh perasaan terhadap aku sekian lama, seluahkan dan berterus-terang terhadap aku, adalah satu keajaiban yg tak pernah aku byngkan akan tjadi kepada aku.....

tp aku rasakan aku bsalah kepada dia kalau aku menerima cintanya... seolah2 aku menipu dan mmpermainkaan dia...

kerana itu, aku tidak berani menjalinkan hubungan tersebut dgn lebih lanjut.. aku risau dan aku tidak berani... aku tahu, orng seperti aku ini, tidak mmpunyai nafsu terhadap ppuan.. ttp keinginan utk hidup berpasangan itu ada... dan kerana aku mahu menjadi normal, aku mahu mmaksa diri aku...

ttp perkara ini melibatkan orng ketiga... dan jika tersalah langkah, dan jika smpai ke sekian waktunya aku masih tidak berubah, masih tidak dapat menghilangkan ap yg ada dildalam diri aku ini, masih tidak dapat menjd normal, aku akan melibatkan dan menyakitkan hati orng ketiga yg pada mulanya tidak tahu apa2 dan tidak bersalah langsung...

aku bingung memikirkan hal ini.. aku sekali lg dalam dilema..

aku rasakan inilah dia satu lagi dilema yg aku hadapai.. keinginan menjadi normal, tetapi terpaksa hidup bersendirian kerana tidak mahu menganiaya hidup orng lain... hnya kerana nafsu songsang yg aku miliki ni...

aku tidak boleh menjadikan perasaan dan hati orng lain sebagai bahan eksperimen utk menguji kenormalan atau kesongsangan ku... aku buntu.. ya Allah, apa yg harus aku lakukan...

jika sesiapa di luar sana ini memberikan nasihat dan cadangan, sila lah... aku menunggu pendapat dari sesiapa saja pun...

aku rasa tersangkut di pertengahan jalan...

Sunday, March 15, 2009

mengapa

kadang-kala aku jg tertanya2.. knapa aku jd begini.. knapa aku lain drpd orng lain.. knapa aku pelik, knapa aku xnormal.....!!!???

kenapa aku, n kenapa bukan orng lain..?

aku sendiri tidak mengerti, tidak pasti apa puncanya aku jd begini.. bukanlah aku yg memilih utk jd begini.. bukanlah aku sendiri melahirkan rasa n naluri ini jadi bgini..

tp aku dpat mengagak apa yg menjadi punca aku jd sprt skrng.. aku tidak pasti, tapi selama yg aku sedari; mungkin inilah yg menjadi punca aku jd sebegini..

sbenarnya, aku sedari yg dunia yg aku alami sewaktu aku membesar di kala kanak2 dulu adalah agak berbeza bbanding orng lain.. bukanlah perbezaan yg besar, ttp perbezaan yg aku rskan menjadi punca kpd ketidaknormalanku di alam dewasa ini..

aku membesar dgn orang2 di sekelilingku terdiri drpd wanita... mak aku, kakak-kakak aku dan adik2 perempuan aku, jiran2 aku.. bukanlah aku tidak mempunyai abang2 dan bapa.. tp di kala aku membesar, mereka semua tidak berada di samping ku.. kalau ada pun hanyalah sekejap yg tidak memberikan banyak kesan dlm pembesaran ku...

hidupku di kelilingi golongan-golongan wanita.. kakak-kakak aku yg umur mereka tidaklah jauh dari usia ku, menjadi rakan sepermainan ku... aku dididik untuk tidak mencari keseronokan di luar rumah seperti kanak-kanak lelaki yg lain... walaupun hidup dan membesar di kampung.. aku tidak mempunyai ramai kawan2 lelaki di kampung sewaktu kanak-kanak dulu... kawasan pmainan ku hanyalah di rumah dan sekitar selang 2, 3 rumah yg mana semua kanak2 di kwasan itu tdiri drpd kanak-kanak ppuan... aku tidak bnyk bgaul dan tdedah dgn kanak2 lelaki...

mak aku tidak membenarkan aku utk keluar rumah bermain sprt kanak-kanak yg lain... mak aku mementingkan pendidikan dan pembelajaran... hnya sekolah lah yg menjadi satu2 nya tempat aku di luar rumah.. selain itu, rumah lah segala2nya..

aku tidak salahkan mak aku langsung, sbb krna didikan mak aku jugak lah aku menjadi seorng yg ble di katakan bjaya skrng ini.. aku tidk menyesal langsung dgn tindakan mak aku.. malah aku bsyukur krn didikan mak aku, aku menjadi seorng yg aku ble bbangga dgn pncapaian aku...

ttp, mungkin kerana proses pembesaran dan pgaulan aku di kala kanak2 dulu la aku jd begini... mungkin..!!!

* aku blum dapat menghabiskan entry ini.. aku sedikit sibuk kebelakangan ini.. tp aku masih ingin berkongsi di dlam blog ini tntng prasaan aku.. krn sesibuk manapun aku, perasaan ini tetap terlibat... aku akan sambung entry ini di lain hari...

Friday, March 13, 2009

silence

minta maaf kepada semua krana tlah agak lm mendiamkan diri n tidak mgupdate blog ini.. maaf juga kpd mreka2 yg tlh memberikan komen tp blum dpt aku berikan respon..

bukanlah krn aku kecewa atau tlalu memikirkan hal yg bkaitan dgn entry2 bru2 ini.. ya.. krana itu juga...

tp yg lebih utama adlah krna komitmen yg aku hrs berikan trhdp kejaya aku.. aku agak sibuk kebelakangan ini hngga xdpt mmbuat kunjugan ke blog sndri sprt biasa..

aku hny dpt mmbuka email n mempublishkan komen2 yg diberikan kpd aku.. ttp tdk smpat utk aku merespon kpd komen2 ini wlaupun bnyk yg ingin aku ktakan...

tp, aku btrima ksih kepada smua krn ttap berada bsama aku walau dlm keadaan apa skalipun aku ini.. sedih ke, gembira ke, horny ke... ramai yg masih mahu memberikan sokongan kpd aku.. trima kasih kpd semua..

tntng diriku, biarlah aku dlm mood berfikir lagi.. blum ada kputusan yg dpt aku buat..

hati dn prasaan ku msih keliru..

Tuesday, March 10, 2009

untitled

i open my eyes
i try to see
but i'm blinded by the white light
i cant remember how
i cant remember why
i;m lying here tonight

and i cant stand the pain
and i cant make it go away
no i cant stand the pain

how could this happen to me ?
i made my mistakes
i've got no where to run
the night goes on
as i'm fading away
i'm sick of this life
i just wanna scream
how could this happen to me ?

everybody's screaming
i try to make a sound but no one hears me
i'm slipping off the edge
i'm hanging by a thread
i wanna start this over again

so i try to hold onto a time when nothing mattered
and i cant explain what happened
and i cant erase the things that i've done
no i cant

how could this happen to me ?
i made my mistakes
i've got no where to run
the night goes on
as i'm fading away
i'm sick of this life
i just wanna scream
how could this happen to me ?

everybody's screaming
i try to make a sound but no one hears me
i'm slipping off the edge
i'm hanging by a thread
i wanna start this over again

dilema

sprt yg aku ckp td, hari ni ataupn semalam (sebb skrng dah hmpir kul 3.30pg) mcm2 yg tjadi kt aku..

sesuatu blaku di alam reality, dan kemudian disusuli pula kejadian di alam siber ini..! aku blum bsedia utk mceritakan apa yg blaku di alam reality.. biarlah aku mulakan dgn alam siber ini..!

petang tadi, buat pertama kalinya seseorng yg bernama adam meninggalkan komen di dalam blog aku..!! ringkas dan pendek komen dia..

" sebagai sahabat fikirlah yang terbaik sdr shah... "

aku tidak pham, aku minta lebih penjelasan... tp hatiku dah mula bdebar2..

" ermmm.. maksudnya shah, pilihan ditangan ko. ikut kan hukum akal mungkin ko ok je... tpi hukum tuhan shah.. maaf ya shah. sekadar pandangan seorang sahabat.. "

di saat aku mmbaca komen dia, di saat itu jugalah air mata aku mengalir semahu2nya.. teresak2 aku menangis.. tak tahu kenapa, ttp hatiku tidak keruan membaca komen itu..

aku menangis dgn hebatnya membc komen itu, aku sndr tidak thu mngapa.. hatiku tersentuh dgn kata2nya..

padahal, ini bukan ptama kali orng menegur n menasihati aku di blog ini.. seseorng dgn nama samaran cikmuslimah tlah bnyk menghantar komen brupa teguran kpd aku.. ttp sedikit pn tidak bbekas di hati aku.. aku seolah2 mgabaikan sj kata2 cikmuslimah..

tp kata2 adam ini, biarpun pendek ttp sgt meninggalkan kesan mndalam kpd aku.. aku mmbaca komen itu pada lebih kurng kul 5.00 ptng td.. hingga ke pukul 10.00 mlm hatiku masih xtenang n tangisanku blum juga hilang sepenuhnya...

malukah aku utk mengaku yg aku menangis..??? argh..!! mengaku sbg seorg gay di dlm blog ini pn aku xmalu, utk menyembunyikan tangisan ku.. apakah patut aku malu...!!!

aku tdk tahu apa ertinya tngisan ku ini.. hati aku sakit dan sebak memikirkan hal ini..


betul, sebenarnya aku sedar.. aku tahu dan aku sedia maklum semua ini. adalah salah.. tntng apa yg aku lakukan ini adalah satu dosa.. dunia ini adalah dunia songsang. aku minta maaf kepada mereka2 yg sama statusnya dgn aku.. bukan niat hatiku utk menyinggung sesiapa.. aku hnya mahu meluahkan rs hati ku...

aku sedar, n aku tahu kebnyakan orng2 seperti aku ini sedar tntng apa yg km lakukan ini sbnrnya satu dosa, satu kelainan di dlm msyarakat ini..

aku sedar semua itu, aku tau tntng crita2 nabi luth, aku tau tntng btapa haramnya perlakuan kitrong ini, betapa Allah akan melaknat kami... aku sbg seorng islam yg aku rskan cukup didikan agama.. aku sedar semua ini..

aku tdk perlu semua orng bgtau aku psal smua ini.. sprt mana yg dilakukan oleh cikmuslimah... aku tau smua itu, tak perlu bgtau lagi.. aku sedar..

tp apa yg aku bleh lakukan.. aku dah kt sblm ni, aku xminta jd begini... bukan aku yg mahu jd begini.. sungguh senang orng2 sprt cikmuslimah meminta kitorng brubah..

begitu senangkah berubah??? cikmuslimah tidk berada di tmpat aku.. krn itulah semudah itu dia ungkapkan nasihat meminta utk berubah..

btahun aku sembunyikan perasaan aku ini, tnpa ada siapa pn tahu.. cuma br minggu lepas aku mula menyampaikan isi hati ku di alam siber ini... bertahun itu jugaklah aku cuba utk berubah.. tp hakikatnya sgtlah sukar..!!

bgaimana mahu brubah..?? itu sebenarnya kata2 nasihat yg orng2 sprt cikmuslimah patut brikan kpd aku.. bukanlah kata2 tntng dosa, nabi luth dsbgnya.. krn semua itu aku sedia maklum.. aku kagumi adam.. btapa lembut dan bhemahnya dia menasihati aku hinggakan berkesan di hati aku hingga ke pagi buta ini...

cikmuslimah patut blajar dr dia tntng cr menasihati orng2 sprt aku... mungkin krn adam adalah llaki, oleh itu dia lebih mgerti tntng prasaan aku..

sumpah demi Allah, jika diberikan peluang aku mahu berubah..!! berubah mejadi lelaki normal itu sudah lama kau impi2kan.. tapi bgaimana...?

sememngnya sekarang di luar sana aku hidup sbg lelaki normal, tidak ada yg tdk normal tntng plakuan aku diluar sana.. scr fizikalnya, aku senormal-normal seorng lelaki...

ttp di hati ini hnya Allah yg tahu.. bgimana mahu berubah?? apakah aku patut meneruskan blaku normal n berlakon normal di depan smua orng? itukah yg dikatakan brubah.. sdangkan di hatiku ini aku mempunyai keinginan songsang..!!

sampai bila harus aku blakon..?? smpai aku bkahwin?? ada anak dsbgnya..?? mcm tu kah berubah, walhal di hati ini naluri itu tetap akan ada walau apa juga lakonan yg aku lakonkan..!!!

aku mahu berubah, tp bgaimana?? berubah yg sjujur2nya.. bukan berubah atas nama lakonan semata2..!

aku skrng dah bumur 24thun... aku jg bharap satu hr nnti aku mempunyai keluarga, isteri, anak2.. boleh menambahkan blangan cucu kpd mak aku, memberikan menantu kpd mak aku.. aku impikan itu semua, sbg seorng lelaki...

ttapi mampukan aku dapat semua itu..?? adakah wanita di luar sana yg mahu dgn orng sprt aku?? kalau ada pun, adilkah aku kiranya dia mengahwini aku sdgkan di hati ku ada naluri yg songsang..!!! aku pening memikirkan semua ini..? tngisan ku kembali di saat aku menulis semua ini..!!

aku mmng mengharapkan diriku menjadi normal.. mmng benar aku mnghrapkan cinta n ksih syng dr srong lelaki.. tp jika mnjadi normal itu adalah satu lagi pilihan.. akan aku pilih utk menjadi normal melebihi keinginan ku yg lain2...

tetapi, betapa susahnya mahu mnjadi normal.. mungkin hnya orng2 sprt aku yg faham.. jika mengelak itu adalah salah satu usaha utk mejadi normal.. sudah..!!!

bertahun lamanya aku mengelak dr tjebak dgn benda2 begini.. bertahun2..!! bukan sekejap..!!

ttpi apa hasilnya.. aku tetap begini.. apa yg ada di dlm diri orng2 seperti aku ini sbnrnya adalh naluri.. keinginan di dalam hati.. bukanlah sesuatu yg berbentuk fizikal sperti merokok, dadah dsbg nya.. jika dadah n rokok itu bleh di hentikan dgn menjauhi keduanya... bgimana pula dgn naluri ini..???

secara fizikalnya aku btahun2 cuba menjauhi segala perasaan n tindakan yg menjurus ke arah ini.. ttp lihat lah sekarng?? apa yang aku ada?? naluri itu tetap di dlm diri aku..!!

di mana pengakhirannya diri aku ini?? stakat ini, aku tidak melihat naluri ini boleh lari dr dlm dri aku..!!! apapun yg aku lakukan, ia dah sebati di dalam diri.. kerana ia mmg tlah ada di dlm diri ku sjak dulu lg..

untuk mudah difahami, n kalau mahu diibaratkan, ia adalah seperti naluri keperempuanan yg dimiliki oleh seorng ppuan.. boleh kah seorng ppuan membuang naluri keperempuanan di dlm dirinya..??? berlagaklah dan blakonlah sbg seorng lelaki mcm mn sekali pun, naluri ppuan tetap ada n sebati di dlm dirinya...

itulah perumpamaan yg ble aku nyatakan utk menggambarkan keadaan aku ini...

hnya keajaiban yg boleh merubah aku.. aku pernah bharap keajaiban blaku dlm diri aku.. bangun tidur pd suatu pagi, naluri ku itu hilang.. keinginan ku berubah menjadi normal..

jika itu mampu blaku, hnya itu yg aku lihat dpt merubah naluri diriku ini..!!!

aku masih berdoa dan bharap agar aku mjadi normal satu hari nnti..!! bukan pilihan aku untuk blakunya semua ini..!!!

aku tidak tahu apa lg yg harus aku lakukan..!!!

Monday, March 9, 2009

malam

malam ini cuaca di kl agak dingin.. mungkin krana petang td hujan renyai2.. pagi tadi jg hujan renyai2 sekejap..

rumah aku yg berada di tingkat yg agak tinggi, membolehkan aku mendapat view ke arah bandaraya kuala lumpur dgn jelas. dr balcony rumah ku, aku dpt perhatikan semua mercu tanda kuala lumpur..

klcc, kl tower, telekom tower, bjaya times square malah puncak genting jg aku dpt phatikan dgn samar2 dr rumah ku..!!

mlm ini, prmandangan dr balcony rumah aku sgt clear.. mungkin krn hujan td tlah membasuh semua debu2 dan jerebu kekotoran yg menyelubungi udara di kl.. bersih! itu yg aku dpt gmbarkan tntang keadaan ini...

suatu pemandangan yg sgt jelas dan clear..!! tidak sprt selalu..!!

jarang skali pkara ini berlaku..!!

berdiri aku di balcony rumah aku sbnrnya kerana mmikirkan sesuatu.. sungguh bnyk yg blaku hari ini, biarpun hr ini adalah sma panjangnya dgn hari2 yg lain; ttp rsanya sungguh bnyk yg blaku hari ini..

berat kepala aku mmikirkannya.. berdebar hatiku tidak keruan hari ini.. mcm2 perasaan berada di hatiku...!!

aku ingin meluahkannya.. aku ingin menulisnya satu persatu..! aku ingin meluahkan dan menyampaikan segala yg di hatiku..

ttapi hati ku blum mencapai ketenangan..! aku tidak mahu menulis dn meluahkan dlm keadaan begini..!!

aku mahu menulis dlm keadaan tenang, biar apa yg aku tulis ada rasional dan pengertiannya...!!

hati ku kacau...!!!

video

seseorng tlah dtng melawat blog aku.. meninggalkan komen.. dan meminta tlong aku buat sesuatu..!

aku tidak thu sama ada aku prlu tolong atau tidak, ttp dia tlh menjangkakan yg aku pasti akan mnolong dia... hurmmm.. aku tidak tahu..
tp aku rskan itu satu pujian utk dri aku.. mungkin krna aku baik hati.. hehehehe!

mna ada orng baik mgaku diri baik hati.. heheehehe!

orng ini mnjlankan pniagaan mjual cd2 filem2 n crita2 bersiri yg btemakan gay.. dia minta ptolongan aku agar mempromotekan website perniagaan dia di dlm blog aku...!!!

hurm.. aku xpasti, tp rsnya biarlah aku tlong yg mn tmampu..!

aku suka layout blog dia tutamnya colour dia... cantik dan soothing...! ni link dia.

tp mungkin aku tidak akan mmerlukan pkhidmatan dia, krana aku sndiri reti nak download2 movie nie.. tp klo tv series tu mungkin jugak..!! sbb klo download sndiri, lama nak tunggu...!