"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"
Custom Search

Sunday, June 7, 2009

sepi

sudah lama aku menyepikan diri dgn tidak mengupdate blog ini... bnyk yg aku lalui, dan bnyk pula benda yg telah berlaku dalam beberapa bulan ini.. minta maaf kepada semua yg membaca dan mengikuti blog aku ini... aku kurng meluangkan masa utk mengupdatenya. bukan kerana apa, tp kerana aku tidak lagi mencari apa2 di alam siber ini..

ya, aku mahu berubah.. aku telah buat keputusan utk memaksa diri aku utk berubah.. walau apa skalipun halangannya... atau mungkin sesekali aku tergelincir sedikit, tp selagi aku tidak menyimpang jauh, aku percaya aku masi boleh brubah... aku tekadkan diriku utk berubah dan menghapuskan segala rasa yg aku pendam di dalam diiri aku ini...

aku pasti, akan ada caranya...

dan terima kasih juga kepada ramai yg menasihati dan memberikan komen kepada aku di dalam blog ni.. semuanya aku baca, semuanya aku hayati dan aku ingin ingati nasihat2 tersebut... susah tetap susah, tp itulah yg terpaksa aku tempuhi... dgn kkuatan dan keazaman, aku menaruh harapan utk merubah..

sebenarnya, dlm waktu beberapa bulan ini, aku cuba merapatkan hubungan aku dgn seorang kawan ppuan... kami memang rapat, dan aku tahu die menaruh hati terhadap aku.. aku ingin mmbalas cinta nya, keran dia seorng ppuan yg sempurna serba serbi... mengenali ppuan sepertinya yg telah menaruh perasaan terhadap aku sekian lama, seluahkan dan berterus-terang terhadap aku, adalah satu keajaiban yg tak pernah aku byngkan akan tjadi kepada aku.....

tp aku rasakan aku bsalah kepada dia kalau aku menerima cintanya... seolah2 aku menipu dan mmpermainkaan dia...

kerana itu, aku tidak berani menjalinkan hubungan tersebut dgn lebih lanjut.. aku risau dan aku tidak berani... aku tahu, orng seperti aku ini, tidak mmpunyai nafsu terhadap ppuan.. ttp keinginan utk hidup berpasangan itu ada... dan kerana aku mahu menjadi normal, aku mahu mmaksa diri aku...

ttp perkara ini melibatkan orng ketiga... dan jika tersalah langkah, dan jika smpai ke sekian waktunya aku masih tidak berubah, masih tidak dapat menghilangkan ap yg ada dildalam diri aku ini, masih tidak dapat menjd normal, aku akan melibatkan dan menyakitkan hati orng ketiga yg pada mulanya tidak tahu apa2 dan tidak bersalah langsung...

aku bingung memikirkan hal ini.. aku sekali lg dalam dilema..

aku rasakan inilah dia satu lagi dilema yg aku hadapai.. keinginan menjadi normal, tetapi terpaksa hidup bersendirian kerana tidak mahu menganiaya hidup orng lain... hnya kerana nafsu songsang yg aku miliki ni...

aku tidak boleh menjadikan perasaan dan hati orng lain sebagai bahan eksperimen utk menguji kenormalan atau kesongsangan ku... aku buntu.. ya Allah, apa yg harus aku lakukan...

jika sesiapa di luar sana ini memberikan nasihat dan cadangan, sila lah... aku menunggu pendapat dari sesiapa saja pun...

aku rasa tersangkut di pertengahan jalan...

24 comments:

ai@reel said...

salam,

satu pujian kepada kamu serta satu permulaan yang sangat berani tetapi kenapa tersekat dipertengahan jalan?

1.jika anda ingin menjadi normal anda harus melawan naluri anda "seringkali katakan pada diri anda bahawa anda adalah normal"

2.anda harus membiarkan org lain memasuki dan menyintai memahami anda...

3.bersendirian tidak membantu dalam merealisasikan impian anda malah anda akan hanyut....

4.setiap kejadian tuhan ada bersebab tetapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak berusaha untuk mengubah kepada kebaikan...

5."berat mata memandang berat lagi bahu memikul"...semuanya pada anda kami hanya dapat memberi nasihat or idea

6.Cari kawan or family yang benar2 faham keadaan anda supaya dapat membantu merealisasikan impian anda.

7.Selalu ingat pada yang maha ESA "asas untuk berubah adalah selalu sujub padanya"

8.saya berani menulis ini kerana saya dulu pun macam kamu...tetapi alhamdulilah saya sudah normal.....

9.anda "can do it"

izzah^pearl said...

iii...sy cume pembace kat page u!!! just think u are special coz u berani mengaku siape diri u sebenar... 4 me.. ape kte u try cite kt that gurl ur prob.. mtk tlg die make u fall in love with her... and spend more time with woman .. mungkin care nie berkesan... cume jgn sll menyendiri... takut nanti u terlalu ikot perasaan plk.. gud luck.. all d best!!!!

CAHAYA said...

rasa tersangkut ke? Apa kata redah je. Takut? Tak mampu? Banyak consequences? Itu baru dunia. :)

naim kkk said...

salam kenal, wat shah...walo cmne wat shah seakan-akan tersangkut tapi pergantungan shah pada Allah tetap ada..

gambate!!...chaiyok!!

yg terbaik wat awak...dan kite sume..pkir-pkirkn..

naim kkk said...

sekadar nak tambh..secara x sengaja masuk blog ni kan...awk ade tulis dalam blog ske movie Shelter,trick n the love of siam...sye rse awk lebih bek tgk drama Sutun1 dan 2 dr penerbit Radios one..sye rse yg tur terbaik dr sume movie yg berkenaaan...

dan kalo pnah tgk Train-Man series..saya arap awk akn jd cm2..

setakat ni dr sye...

Anonymous said...

Salam,

Alhamdulilah dan syukur kepada Allah SWT atas kesedaran yang ada.

Terlebih dahulu, saya kenalkan diri ini sebagai Azam pada saudara.

Saya telah mengharungi apa yang saudara rasakan malah hubungan saya dgn gadis pilihan hati telah pergi lebih jauh.Alhamuddilah.

Adalah agak sukar mengkikis naluri sedemikian tapi insyallah ada usaha dan caranya...saya tidak mahu berbicara dengan lebih kerna agak peribadi dan sekiranya saudara ihklas, boleh hubungi saya, azam.ahmad09@gmail.com

Apa yang saudara ai@reel coretkan juga ada kebenarannya.

Kembali kepada rasa kasih sayang yang saudara tanamkan pada gadis ini, insyallah saudara akan temuinya jalan keluar...

Wasallam
Azam

Anonymous said...

moga berjaya ya.

aku doakan ko.

ko kena kuat.

aryanie_fairuz said...

salam,
saya happy atas penghijrahan awak.. kuat kan semangat.., semua yg berlaku ada sebab musababnyer & ia adalah ketentuan Allah.. kita sebagai manusia harus berfikir la secara rasional.., klau awak berjaya berubah, itu tandanya awak adalah org yg sangat2 beruntung,, sbb bkn semua org2 seperti awak mendapat petunjuk & mempunyai keazaman yg kuat.. saya doakn yg terbaik tuk awak..
pe yg berlaku sebelum2 tu jadikn pengajaran.. & fikirkn pe yg awak nk tuk tujuan hidup awak..

*mmg kadang allah bg kita
hujan&taufan, tapi selepas itu allah bg kita pelangi jgk..
GUD LUCK BRO...

seroja said...

hari ni bru sy terbce blog awk nie..
shah...
awk bgus..sbb awk xsembunyikan identiti awk...
awk citekn diri awk yg sebenar...
awk pon tahu silap awk...
tapi awk perlukan kekuatan utk melawan tuntutan naluri songsang...
cari lah teman baik utk didampingi kearah kebaikan...
segala yg telah berlaku ada hikmah..
ada org yg menyokong awk dr belakang..

Allah tak kasi apa yg kita nk..tapi Allah bg apa yg kita perlukan...

cuba lah buat yg terbaik walaupun payah...sy berdoa agar awk menjadi lelaki yg sepatutnya...

fawzi saat said...

salam..
shah.. aku bangga ko boleh berubah. teruskan perjuangan ko shah. takde masalah yang tak dapat diselesaikan. kalau mendatangkan masalah berterus terang biarlah menjadi rahsia kisah silam ko. yg penting buang naluri songsang ko jauh-jauh.. harapan aku, ko akan terus mendapat hidayah dari yang Esa.

Sahabatmu.. fawzi saat a.k.a adam

Anonymous said...

kuatkan semangat!doa banyak2! ingat doa tu senjata kita sebagai muslim...Allah takkan bagi dugaan sebesar ini jika Dia tahu awak x boleh nak handle! believe in urself!

yang paling penting keazaman awak.. jauhkan diri anda dari benda2 yang bole terjebakkan anda ke alam "songsang" tu!

im wishing u all the best! insyAllah.. tuhan aku tolong awak

Feruz Rahman said...

assalammualaikum,
shah, kita ada kt landasan yg sama n skang ni maybe kita tgh berjuang utk tujuan yg sama....
alhamdulillah, nk kata berjaya 100% tu blum lagik. tapi perubahan tuh dah dpt dirasakan.
kalau betul cara n gaya nye, insyallah. im very hapy to share wif u..

add me at YM : akukerek0607

sha89 said...

jgn pikirkan ape akan jadi shah...ape ade depan mata...ko cube..maksud aku, cube cintai gurl yg ko kenal tu..

kalau terlalu pikirkan risiko kecewa atau ape2 aje...ko makin tension nanti.

memang susah...tapi ko kena kuat...lawan prasaan & keinginan yg xsepatutnye tu...

amris said...

Tolg jgn menipu diri sendiri.
Nko gay dan tetap akan gay utk selamanya, biarpon ko dh berkahwin..ko pon tahu fact itu kan.
Nasihat aku, jauhi menda yg dilarang agama, jgn berkahwin sbb akn menganiaya perempuan, biar lah dia kawin dgn lelaki ssejati..yg dpt memberinya nafkah batin..sanggup ker ko hidup dlm kepuraan selamanya dgn berkahwin.

Nko tetap akn bahagia jika single, cuma iman kena kuat dari berbuat maksiat..tkde salahnya jadi single..sbb mmg ko tk mampu dari segi batin..

Anonymous said...

Hyie...
Alhamdulillah. Akhirnya kamu memilih jugak untuk mencari jalan yang membawa kamu kepada kenbenaran tentang sifat asal kejadian kamu. Saya tak boleh katakan mungkin membawa kamu ke arah kebenaran sebab ini adalah apa yang sepatutnya kamu buat. Tapi saya bukanlah nak memperlekeh dan memperkecilkan niat suci kamu untuk menjadi seorang yang sejati, tetapi, saya tak nak kamu menjalinkan hubungan dengan seorang wanita kerana nak membuktikan kelakian kamu. Tak ikhlas namanya. Apalah yang ada pada sebuah perhubungan kalau tiada kejujuran. Mungkin pada awalnya kamu boleh berubah, tapi kamu tak boleh menipu perasaan kamu sendiri. Tergamakkah kamu merobek kesetiaan seorang wanita yang benar-benar mencintai kamu, tetapi kamu hanya memperalatkan dirinya sebagai menutup kecacatan kamu sendiri. Fikir-fikirkanlah... Tapi saya berdoa Pada Allah SWT, jikalau itu jalan yang terbaik buat kamu, mudah-mudahan Allah akan bagi petunjuk pada kamu.

aremie_021296@yahoo.com.my
Fauzzan Helmy Anuar/mie

Anonymous said...

Hyie...
Alhamdulillah. Akhirnya kamu memilih jugak untuk mencari jalan yang membawa kamu kepada kenbenaran tentang sifat asal kejadian kamu. Saya tak boleh katakan mungkin membawa kamu ke arah kebenaran sebab ini adalah apa yang sepatutnya kamu buat. Tapi saya bukanlah nak memperlekeh dan memperkecilkan niat suci kamu untuk menjadi seorang yang sejati, tetapi, saya tak nak kamu menjalinkan hubungan dengan seorang wanita kerana nak membuktikan kelakian kamu. Tak ikhlas namanya. Apalah yang ada pada sebuah perhubungan kalau tiada kejujuran. Mungkin pada awalnya kamu boleh berubah, tapi kamu tak boleh menipu perasaan kamu sendiri. Tergamakkah kamu merobek kesetiaan seorang wanita yang benar-benar mencintai kamu, tetapi kamu hanya memperalatkan dirinya sebagai menutup kecacatan kamu sendiri. Fikir-fikirkanlah... Tapi saya berdoa Pada Allah SWT, jikalau itu jalan yang terbaik buat kamu, mudah-mudahan Allah akan bagi petunjuk pada kamu.

aremie_021296@yahoo.com.my
Fauzzan Helmy Anuar/mie

Anonymous said...

Hyie...
Alhamdulillah. Akhirnya kamu memilih jugak untuk mencari jalan yang membawa kamu kepada kenbenaran tentang sifat asal kejadian kamu. Saya tak boleh katakan mungkin membawa kamu ke arah kebenaran sebab ini adalah apa yang sepatutnya kamu buat. Tapi saya bukanlah nak memperlekeh dan memperkecilkan niat suci kamu untuk menjadi seorang yang sejati, tetapi, saya tak nak kamu menjalinkan hubungan dengan seorang wanita kerana nak membuktikan kelakian kamu. Tak ikhlas namanya. Apalah yang ada pada sebuah perhubungan kalau tiada kejujuran. Mungkin pada awalnya kamu boleh berubah, tapi kamu tak boleh menipu perasaan kamu sendiri. Tergamakkah kamu merobek kesetiaan seorang wanita yang benar-benar mencintai kamu, tetapi kamu hanya memperalatkan dirinya sebagai menutup kecacatan kamu sendiri. Fikir-fikirkanlah... Tapi saya berdoa Pada Allah SWT, jikalau itu jalan yang terbaik buat kamu, mudah-mudahan Allah akan bagi petunjuk pada kamu.

aremie_021296@yahoo.com.my
Fauzzan Helmy Anuar/mie

Cap Api said...

Assalamualaikum..
apa yg boleh aku ckp..
ko perlu kuat untuk melawan..
mungkin dugaan ini besar buat ka..
jd ko perlu kuat..
bermakna Allah menyayangimu..
so, nko kena terus berusaha..
perlahan-lahan makin lama ka akan berjaya..

Deen said...

asslamualaikum!!!
Shah, kita dalam dilema yg sama.
aku sedang berjuang untuk menjauhkan diri daripada dunia ini.
tetapi aku tak pasti mampukah aku menjadi 100%normal.
aku inginkan sebuah keluarga, pada masa yang sama hati aku meharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki bukannye sex! adakah itu pun salah shah! aku masih tertanye-tanye dalam diriku ni ape kah punca aku bergini!
sejak baca blog shah. aku ingin sangat share feeling ngn shah. aku tak lah seberani shah meluahkan diblog. boleh aku dapatkan email shah? thank you!!!

Anonymous said...

Salam Shah..
lama tak menyinggah di sini.

Mula-mula membaca entry, sy tersenyum.Sekurang-kurangnya Shah dah mula mengorak langkah.

Alhamdulillah.

Dan saya rasa tindakan Shah tu mungkin wajar..

Teruskan mmencari redhaNya.
InsyaAllah DIA dengan kita.
Salam Ramadhan.

Maaf kalo komen ini menyakitkan mana-mana pihak lagi.

~cikmuslimah~

Primadona69 said...

wlpn diri sy sendiri x sempurna utk memberikan awk nasihat...tp bg sy awak sgguh berani utk mengambil cabaran dan menghadapi dugaan.jika awk nak berubah dan telah bersedia utk berubah..teruskanlah...jgn hari ni kata ye..esk kata tidak.agak ramai sy berjumpa mereka yg seperti ini..masih menjalinkan hub sesama jenis wlpn telah berkahwin..beristeri..dan memiliki anak.tidakkah mereka berdosa kpd keluarga mereka?jd..pikirkanlah ye...neway,nice 2 meet u here!

Tunjuk Bintang said...

emph.. aq x baca n3 yang sebelum2 ni. so maybe aq x tau nak cakap per.. n3 ni pon dah menjelaskan aper masalah kamu sebenarnya. beginilah.. aq bukan manusia baik untuk berkongsi cerita. tetapi cukuplah aq katakan bahawa hidup itu adalah anugerah.. kita perlu mensyukuri nikmat Allah tu. satu ketika tu aq terkedu dan berteleku tatkala aq merasakan sejahat mana dan besar dosa mana kamu pon Allah tetap beri kamu bernafas dan mengisi perut2 yang kosong. janganlah sampai satu ujian yang maha hebat datang kita belum bersedia.. ok! dulu aq selalu mengeluh kenapa aq dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, sedangkan kenapa sipolan tu datang dari keluarga kaya. kenapa aq x hensem tapi sipolan kacak n bergaya. kenapa aq sering dikhianati oleh cinta tetapi sipolan bahagia dengan pompuan cantik dan anggun. sehingga aq putus asa dalam hidup n hampir 3 tahun hidup tanpa cinta dan hati kosong. lastly aq joint komuniti minoroti ni dan x sampai setengah tahun aq rasa muak dan lebih parah dari hidup normal sebelum ni. dan akhirnya aq berusaha keluar dari situ walaupon aq dah melakukan dosa2 besar n aq terlalu yakin kamu faham maksudku. kita jangan menyerah.. kerana hidup itu adalah anugerah. jangan hampakan perempuan itu jika dia menyukai kamu.. cinta penuh rahsia! peluang jarang datang dua kali. jika aq ditempat kamu, pasti aq pilih perempuan itu jika benar2 dia menyukai dan cinta padaku. kerna paras rupa x akan kekal, jika kamu pandang dia dari wajah cantiknya, dia akan tua dan hodoh.. jika kamu pandang pada cintanya, kamu bahagia dengannya walhal kamu hilang kudrat satu hari nanti, cinta itulah yang mengikat kamu. kalau kamu pilih yang cantik bila kamu x upaya pasti kamu akan ditinggal. semoga kamu memilih jalan yang benar dan yang terbaik.. aq disini hanya berkongsi pendapat bukan hanya memenuhkan ruangan komen anda... percaya pada diri, mintalah perempuan itu bimbing kamu ke jalan yang diredhai Allah. tak ada manusia terlahir dengan sempurna. jangan kamu sesali dengan apa yang terjadi. yang sudah tu sudah.. kamu jangan menyerah.. kerana hidup itu adalah anugerah...

hamba Allah said...

apa kata shah hampirkan diri dgn Allah.. mungkin masalah kita sama,tp bile dkt dgn Allah (cth: hampir dgn masjid,rajin cr ilmu agama, rajin dok majlis2 mengingati Allah,ect...ect..) mungkin situasi akan berbeza..

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網