"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"

Custom Search

Sunday, June 7, 2009

sepi

sudah lama aku menyepikan diri dgn tidak mengupdate blog ini... bnyk yg aku lalui, dan bnyk pula benda yg telah berlaku dalam beberapa bulan ini.. minta maaf kepada semua yg membaca dan mengikuti blog aku ini... aku kurng meluangkan masa utk mengupdatenya. bukan kerana apa, tp kerana aku tidak lagi mencari apa2 di alam siber ini..

ya, aku mahu berubah.. aku telah buat keputusan utk memaksa diri aku utk berubah.. walau apa skalipun halangannya... atau mungkin sesekali aku tergelincir sedikit, tp selagi aku tidak menyimpang jauh, aku percaya aku masi boleh brubah... aku tekadkan diriku utk berubah dan menghapuskan segala rasa yg aku pendam di dalam diiri aku ini...

aku pasti, akan ada caranya...

dan terima kasih juga kepada ramai yg menasihati dan memberikan komen kepada aku di dalam blog ni.. semuanya aku baca, semuanya aku hayati dan aku ingin ingati nasihat2 tersebut... susah tetap susah, tp itulah yg terpaksa aku tempuhi... dgn kkuatan dan keazaman, aku menaruh harapan utk merubah..

sebenarnya, dlm waktu beberapa bulan ini, aku cuba merapatkan hubungan aku dgn seorang kawan ppuan... kami memang rapat, dan aku tahu die menaruh hati terhadap aku.. aku ingin mmbalas cinta nya, keran dia seorng ppuan yg sempurna serba serbi... mengenali ppuan sepertinya yg telah menaruh perasaan terhadap aku sekian lama, seluahkan dan berterus-terang terhadap aku, adalah satu keajaiban yg tak pernah aku byngkan akan tjadi kepada aku.....

tp aku rasakan aku bsalah kepada dia kalau aku menerima cintanya... seolah2 aku menipu dan mmpermainkaan dia...

kerana itu, aku tidak berani menjalinkan hubungan tersebut dgn lebih lanjut.. aku risau dan aku tidak berani... aku tahu, orng seperti aku ini, tidak mmpunyai nafsu terhadap ppuan.. ttp keinginan utk hidup berpasangan itu ada... dan kerana aku mahu menjadi normal, aku mahu mmaksa diri aku...

ttp perkara ini melibatkan orng ketiga... dan jika tersalah langkah, dan jika smpai ke sekian waktunya aku masih tidak berubah, masih tidak dapat menghilangkan ap yg ada dildalam diri aku ini, masih tidak dapat menjd normal, aku akan melibatkan dan menyakitkan hati orng ketiga yg pada mulanya tidak tahu apa2 dan tidak bersalah langsung...

aku bingung memikirkan hal ini.. aku sekali lg dalam dilema..

aku rasakan inilah dia satu lagi dilema yg aku hadapai.. keinginan menjadi normal, tetapi terpaksa hidup bersendirian kerana tidak mahu menganiaya hidup orng lain... hnya kerana nafsu songsang yg aku miliki ni...

aku tidak boleh menjadikan perasaan dan hati orng lain sebagai bahan eksperimen utk menguji kenormalan atau kesongsangan ku... aku buntu.. ya Allah, apa yg harus aku lakukan...

jika sesiapa di luar sana ini memberikan nasihat dan cadangan, sila lah... aku menunggu pendapat dari sesiapa saja pun...

aku rasa tersangkut di pertengahan jalan...