"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"

Custom Search

Monday, August 31, 2009

september

hari ni 31 ogos.. esok akan bermulanya hari baru di bulan september.. sudah 2 bulan aku tidak mengupdate blog ini... ya aku tlah buat keputusan utk berubah, dan aku dlam proses melakukan perubahan..

tetapi aku juga telah membuat keputusan. aku tidak mahu melibatkan orng ketiga, aku tidak mahu memperalatkan orng lain hanya semata2 mahu merubah diri aku. kerana aku belum tentu berjaya. walau bgaimanapun aku tetap akan mencuba...

gadis yg pernah melafazkan cintanya kepada ku, aku tolak dengan baik. aku berikan alasan tertentu, tetapi tidak berterus terang tentang naluri ku yang pelik ini. aku tidak berani untuk berterus terang. kami telah lama kawan, aku tidak mahu kehilangan seorng kawan hanya kerana aku ini memiliki naluri yg songsang.. aku tidak mahu kawan aku memandang serong terhadap ku... aku malu...

memang betul kata amris. die salah seorng yg tlah memberikan komen kepada entry aku yg sebelum ini. katanya, aku akan menganiayai golongan wanita sekiranya aku menjalin hubungan cinta dan kasih sayang sedangakan aku belum berubah sepenuhnya.. aku bersetuju dgn kata2nya itu... aku tidak boleh menjadikan cinta seseorng wanita sebagai percubaan mahupun alat untuk merubah ku... aku bersalah kiranya itu yg aku lakukan.

biarlah aku merahsiakan keganjilan diriku ini dari sesiapa pun, kerana aku tidak berani untuk mengaku dan berdepan dengan sesiapa sekiranya orng itu mengetahui tentang perihal diriku. Tetapi dalam masa yang sama, aku akan tetap cuba untuk berubah, menjadi lelaki yg sejati...

aku akan tetap berdoa semoga Allah menjadikan aku sebaik2 lelaki yg mana pasagannya adalah seorng wanita...

semoga aku mendapat kekuatan dan petunjuk daripadaNya...

19 comments:

z.a.r.a said...

wlcome back...lame gilerr x update...

aku ingt ko bz...

xpe2...berubah secara perlahan lbih baik...

slamat brpuasa :)

shah said...

thanks sha89...

terima kasi gak sbb bg smangat..

slamat berpuasa..!

tidak dikehendaki said...

*standing ovation*

;)

Mel said...

lama tak dengar cerita dari ko shah...

aku sentiasa sokong ko dari belakang..mudah2an Tuhan makbulkan doa dan keinginan ko ni....

Anonymous said...

Dulu pun abg terjebak dalam kancah hidup macam ni dik..tapi alhamdulillah abg dah berubah. Pokok pangkalnya jika kita nak berubah...pasti bantuan ALLAH akan sampai....hantar le emel kat abg insyallah kita boleh kongsi cerita..mkay06@gmail.com

Lasykar Langit dan Bumi said...

yup... lama sgt dh mendiam.... i'll support u... semoga dapat berubah... InsyaAllah... Amin...

Anonymous said...

Kalu untuk berubah, bagi saya bukan alasan untuk terima cinta seorang perempuan dalam usaha.
Tetapi terimalah kehadiran sesorang perempuan yang kita jatuh cinta ( saya percaya ia boleh berlaku ) Itu adalah sebab yang baik untuk terima seorang perempuan dalam hidup seorang yang minat lelaki.

shah said...

kaisara azfarul >
terima kasi azfarul krna masi menyokong aku...!


mel >
mel, ko dr dulu smpai sekarang; apa jua keputusan aku, ko tetap menyokong aku dari belakang.. ko memang seorng kwan yang baik..
tq sgt2... aku akan trus busaha..


anonymous 1 >
terima kasi.. nnti aku akan cuba hubngi abang.. harap ble belajar sesuatu n mndpt tunjuk ajar... terima kasi krana sudi menolong..


lasykar langit dan bumi >
juga ucapan trima kasi... lm bdiam diri sbb agak sibuk dgn krja..


anonymous 2 >
ya, sy da buat kputusan tidak akan mnerima cinta ppuan kiranya niat diri ini hnyalah untuk mengubah diri.. tp sekirnya diri ini betul2 jatuh cinta kpd seorng wanita..
besar n gembiranya hati ini jika dpt merasai perasaan itu..
harap hari itu akan dtng satu masa nnti...
tq krana nasihat...

Anonymous said...

Anonymous 2,

Saya doakan yang baik baik untuk awk. Dunia akhirat.
Insyallah, apa2 kau nak pasti berjaya. terus berusaha. Chiyok

Anonymous said...

semoga Allah memakbulkan niat suci kamu...amin

imahlenggok said...

Salam..

" Kita ini ibarat parut lama"

hendak dibuang mengambil masa, hendak dibiarkan meranalah jiwa.."

lazuardi_senja said...

Salam. Aku baru jumpa blog nih dan dah habis baca. Tengah cuit so taktau buat apa aku dok menghadap komputer sepanjang hari sama ada main game atau main tenet. Entry2 ko sangat best dan boleh dikatakan aku pun berada dalam situasi sama dengan ko malah umurku pun 24. Terlalu banyak gay yang bersandarkan sex semata2. Aku ada beberapa kawan perempuan yang tahu pasal status diri aku. Aku tau aku macam nih sejak umur 7 tahun lebih kurang. Keluarga aku sumer lelaki mak aku sorang perempuan. Malah aku juga bersekolah agama. Ramai yang senasib di sekolah agama itu. Haha. Penat dan taktau la apa nak jadi. Tunggu dan lihat je la

MDY

Tunjuk Bintang said...

manusia kadang2 alpa dengan apa yang mereka kecapi sekarang. perubahan perlukan pengorbanan yang besar, kamu perlu meninggalkan segala apa yang telah menjadi rutin kamu. jika kamu dah terbiasa dengan itu semua kamu perlu hadapi kenyataan bahawa kamu akan meninggalkannya. wanita itu x bersalah, kamu menolak cintanya seolah kamu mencari alasan xnak berubah. kerana dengan adanya wanita itu mungkin kamu bersungguh untuk melupakan gejala songsang kamu. jadikan wanita itu titik permulaan.. bukan manjadikan dia alasan orang ketiga n xnak menyakiti hati dia. perlahan2 berubah kerana x senang nak menjadi kembali kepada yang azali. percayalah Tuhan ada bersama anda. hidup ini adalah anugerah, dengan anugerah itu lakukan yang terbaik untuk kamu, wanita itu dan perubahan yang kamu akan lakukan.

apis geriqueee a.k.a reporter PROPARAZI said...

hurmmm..dlm hal nih mmg aku sbg seorg 'finder blogger' yg seangkatan..hhahah..aku salute kat ko la..ko ttp kuat utk melakukan perubah yg maat pyh bg seseorg plu..
ssh bg sorg plu utk back 2 normal..
pape pun wish u luck beb..
be strong..

Anonymous said...

hm,ssh nk pk ..aq pon mglami nsib y sme..x taw nk kte ape ..gn pmpn x mnt..aq pon da cbe tok brbah tp ssh ..nluri tu ttp ad..pnah aq tgok blu lesbian tp x stim..knon ny nluri kllkian aq trsrlah..pleq2...aq hrap ka dpt brbah..

zan said...

apa kata cuba take care off that girl (like a protector,like a man towards his beloved lady) at the same time habaq kat dia yg benda ni(soal cinta)let it come slowly,naturally,kalau taqdir tentukan jadi,naik pelamin la..
pas tu tgk sape yg bertahan dan sape yg berjaya..maknanya samada dia berjaya mendapatkan cinta anda atau pun anda yg berjaya membuahkan cinta padanya
selamat berusaha..
mungkin ini ujian terberat utk golongan2 yg mahu berubah,jihad kot

Anonymous said...

hmm.sedey gak baca kisah ko...Add aku kat syniezam@yahoo.com.nanti kita ym.....kau kau nasihat aku nak beri...hahahahahahaha...add aku k.

syniezam said...

hi shah.bila nak update ko punyer blog.i miss 2 read what happen to you now...jangan malas2 k nak update....n ko leh bagitau faveret web yang ko selalu layari...

Anonymous said...

aku ingat aku sorang yg benci diri aku yg suka lelaki rupanya ada lagi.. thanx..

aku antara org yg gagal utk berubah.. aku x tau smp bila aku mcm ni.. thn dpn nak kahwin... tp msh lagi mcm ni.. entahlah..

aku harap ko berjaya....