"true love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly"

Custom Search

Tuesday, March 10, 2009

dilema

sprt yg aku ckp td, hari ni ataupn semalam (sebb skrng dah hmpir kul 3.30pg) mcm2 yg tjadi kt aku..

sesuatu blaku di alam reality, dan kemudian disusuli pula kejadian di alam siber ini..! aku blum bsedia utk mceritakan apa yg blaku di alam reality.. biarlah aku mulakan dgn alam siber ini..!

petang tadi, buat pertama kalinya seseorng yg bernama adam meninggalkan komen di dalam blog aku..!! ringkas dan pendek komen dia..

" sebagai sahabat fikirlah yang terbaik sdr shah... "

aku tidak pham, aku minta lebih penjelasan... tp hatiku dah mula bdebar2..

" ermmm.. maksudnya shah, pilihan ditangan ko. ikut kan hukum akal mungkin ko ok je... tpi hukum tuhan shah.. maaf ya shah. sekadar pandangan seorang sahabat.. "

di saat aku mmbaca komen dia, di saat itu jugalah air mata aku mengalir semahu2nya.. teresak2 aku menangis.. tak tahu kenapa, ttp hatiku tidak keruan membaca komen itu..

aku menangis dgn hebatnya membc komen itu, aku sndr tidak thu mngapa.. hatiku tersentuh dgn kata2nya..

padahal, ini bukan ptama kali orng menegur n menasihati aku di blog ini.. seseorng dgn nama samaran cikmuslimah tlah bnyk menghantar komen brupa teguran kpd aku.. ttp sedikit pn tidak bbekas di hati aku.. aku seolah2 mgabaikan sj kata2 cikmuslimah..

tp kata2 adam ini, biarpun pendek ttp sgt meninggalkan kesan mndalam kpd aku.. aku mmbaca komen itu pada lebih kurng kul 5.00 ptng td.. hingga ke pukul 10.00 mlm hatiku masih xtenang n tangisanku blum juga hilang sepenuhnya...

malukah aku utk mengaku yg aku menangis..??? argh..!! mengaku sbg seorg gay di dlm blog ini pn aku xmalu, utk menyembunyikan tangisan ku.. apakah patut aku malu...!!!

aku tdk tahu apa ertinya tngisan ku ini.. hati aku sakit dan sebak memikirkan hal ini..


betul, sebenarnya aku sedar.. aku tahu dan aku sedia maklum semua ini. adalah salah.. tntng apa yg aku lakukan ini adalah satu dosa.. dunia ini adalah dunia songsang. aku minta maaf kepada mereka2 yg sama statusnya dgn aku.. bukan niat hatiku utk menyinggung sesiapa.. aku hnya mahu meluahkan rs hati ku...

aku sedar, n aku tahu kebnyakan orng2 seperti aku ini sedar tntng apa yg km lakukan ini sbnrnya satu dosa, satu kelainan di dlm msyarakat ini..

aku sedar semua itu, aku tau tntng crita2 nabi luth, aku tau tntng btapa haramnya perlakuan kitrong ini, betapa Allah akan melaknat kami... aku sbg seorng islam yg aku rskan cukup didikan agama.. aku sedar semua ini..

aku tdk perlu semua orng bgtau aku psal smua ini.. sprt mana yg dilakukan oleh cikmuslimah... aku tau smua itu, tak perlu bgtau lagi.. aku sedar..

tp apa yg aku bleh lakukan.. aku dah kt sblm ni, aku xminta jd begini... bukan aku yg mahu jd begini.. sungguh senang orng2 sprt cikmuslimah meminta kitorng brubah..

begitu senangkah berubah??? cikmuslimah tidk berada di tmpat aku.. krn itulah semudah itu dia ungkapkan nasihat meminta utk berubah..

btahun aku sembunyikan perasaan aku ini, tnpa ada siapa pn tahu.. cuma br minggu lepas aku mula menyampaikan isi hati ku di alam siber ini... bertahun itu jugaklah aku cuba utk berubah.. tp hakikatnya sgtlah sukar..!!

bgaimana mahu brubah..?? itu sebenarnya kata2 nasihat yg orng2 sprt cikmuslimah patut brikan kpd aku.. bukanlah kata2 tntng dosa, nabi luth dsbgnya.. krn semua itu aku sedia maklum.. aku kagumi adam.. btapa lembut dan bhemahnya dia menasihati aku hinggakan berkesan di hati aku hingga ke pagi buta ini...

cikmuslimah patut blajar dr dia tntng cr menasihati orng2 sprt aku... mungkin krn adam adalah llaki, oleh itu dia lebih mgerti tntng prasaan aku..

sumpah demi Allah, jika diberikan peluang aku mahu berubah..!! berubah mejadi lelaki normal itu sudah lama kau impi2kan.. tapi bgaimana...?

sememngnya sekarang di luar sana aku hidup sbg lelaki normal, tidak ada yg tdk normal tntng plakuan aku diluar sana.. scr fizikalnya, aku senormal-normal seorng lelaki...

ttp di hati ini hnya Allah yg tahu.. bgimana mahu berubah?? apakah aku patut meneruskan blaku normal n berlakon normal di depan smua orng? itukah yg dikatakan brubah.. sdangkan di hatiku ini aku mempunyai keinginan songsang..!!

sampai bila harus aku blakon..?? smpai aku bkahwin?? ada anak dsbgnya..?? mcm tu kah berubah, walhal di hati ini naluri itu tetap akan ada walau apa juga lakonan yg aku lakonkan..!!!

aku mahu berubah, tp bgaimana?? berubah yg sjujur2nya.. bukan berubah atas nama lakonan semata2..!

aku skrng dah bumur 24thun... aku jg bharap satu hr nnti aku mempunyai keluarga, isteri, anak2.. boleh menambahkan blangan cucu kpd mak aku, memberikan menantu kpd mak aku.. aku impikan itu semua, sbg seorng lelaki...

ttapi mampukan aku dapat semua itu..?? adakah wanita di luar sana yg mahu dgn orng sprt aku?? kalau ada pun, adilkah aku kiranya dia mengahwini aku sdgkan di hati ku ada naluri yg songsang..!!! aku pening memikirkan semua ini..? tngisan ku kembali di saat aku menulis semua ini..!!

aku mmng mengharapkan diriku menjadi normal.. mmng benar aku mnghrapkan cinta n ksih syng dr srong lelaki.. tp jika mnjadi normal itu adalah satu lagi pilihan.. akan aku pilih utk menjadi normal melebihi keinginan ku yg lain2...

tetapi, betapa susahnya mahu mnjadi normal.. mungkin hnya orng2 sprt aku yg faham.. jika mengelak itu adalah salah satu usaha utk mejadi normal.. sudah..!!!

bertahun lamanya aku mengelak dr tjebak dgn benda2 begini.. bertahun2..!! bukan sekejap..!!

ttpi apa hasilnya.. aku tetap begini.. apa yg ada di dlm diri orng2 seperti aku ini sbnrnya adalh naluri.. keinginan di dalam hati.. bukanlah sesuatu yg berbentuk fizikal sperti merokok, dadah dsbg nya.. jika dadah n rokok itu bleh di hentikan dgn menjauhi keduanya... bgimana pula dgn naluri ini..???

secara fizikalnya aku btahun2 cuba menjauhi segala perasaan n tindakan yg menjurus ke arah ini.. ttp lihat lah sekarng?? apa yang aku ada?? naluri itu tetap di dlm diri aku..!!

di mana pengakhirannya diri aku ini?? stakat ini, aku tidak melihat naluri ini boleh lari dr dlm dri aku..!!! apapun yg aku lakukan, ia dah sebati di dalam diri.. kerana ia mmg tlah ada di dlm diri ku sjak dulu lg..

untuk mudah difahami, n kalau mahu diibaratkan, ia adalah seperti naluri keperempuanan yg dimiliki oleh seorng ppuan.. boleh kah seorng ppuan membuang naluri keperempuanan di dlm dirinya..??? berlagaklah dan blakonlah sbg seorng lelaki mcm mn sekali pun, naluri ppuan tetap ada n sebati di dlm dirinya...

itulah perumpamaan yg ble aku nyatakan utk menggambarkan keadaan aku ini...

hnya keajaiban yg boleh merubah aku.. aku pernah bharap keajaiban blaku dlm diri aku.. bangun tidur pd suatu pagi, naluri ku itu hilang.. keinginan ku berubah menjadi normal..

jika itu mampu blaku, hnya itu yg aku lihat dpt merubah naluri diriku ini..!!!

aku masih berdoa dan bharap agar aku mjadi normal satu hari nnti..!! bukan pilihan aku untuk blakunya semua ini..!!!

aku tidak tahu apa lg yg harus aku lakukan..!!!

26 comments:

Anonymous said...

cikmuslimah tidk berada di tmpat aku.. krn itulah semudah itu dia ungkapkan nasihat meminta utk berubah..
~sy memang tak berada di tempat awak tapi sy tau tak semudah itu nak berubah..awak hanya menyebut sedia menerima komen tapi pernah x awak pk balik komen 2 sumer?sy tak tinggalkan komen untuk suka-suka.


cikmuslimah patut blajar dr dia tntng cr menasihati orng2 sprt aku... mungkin krn adam adalah llaki, oleh itu dia lebih mgerti tntng prasaan aku..

~sy memang x pandai menasihati, cuma mengingatkan. Sy x reti nak berselindung. sy menulis apa yang saya rasa.


dan pendapat sy, awak lebih sedia menerima nasihat dari kaum awak sendiri. jadi pergilah pada mereka tapi bukan pada 'mereka' itu.

dan maaf untuk kesekian kalinya!

~cikmuslimah~

shah said...

sprt yg sy ktakn td, nasihat cikmuslimah kbnykannya bkenaan dgn peringatn, dosa, nabi luth, balasan..

betul! itu smua betul..
tp smua itu sy tahu n sy xnafikan..

tp iman sy xsekuat mana cikmuslimah..
hr ini mungkin sy ingat, insaf..

esok lusa..! hilang jg..!!

smmngnya sy tahu, tidak ada sesiapa pn yg sembuh sepenuhnya drpada naluri ini.. berubah mcm mn pun seseorng, dlm hatinya pasti masih ada naluri itu..!!

mmng adalah mustahil utk naluri songsang ini hilang spenuhnya..!!

cikmuslimah pn tdk mampu berbuat apa2..

mungkin satu hr nanti akan ada teknologi perubatan saintifik yg dpt mengubati naluri sebegini..!!

aku tidak tahu.. aku pening fikir benda nie...

Anonymous said...

memang saya tak mampu nak berbuat apa2..

apa yang saya mampu buat, memberi ingatan saat awat terleka.
biarpun mungkin TAK BERBEKAS di hati awak, sekurang-kurangnya ada yang yang mengingatkan...

jangan terlalu ikutkan perasaan. selalunya si laknat itu selalu berdamping dengan orang yang sedih dan kecewa

dan sy kagum sekurang-kurangya awak masih berada di landasan yang betul walaupun dah bertahun-tahun awak menderita.

~cikmuslimah~

Mel said...

okay2 releks guy....wow..bru sehari aku tak jenguk blog ni...its getting...erm...hot??

Shah....selama ni....ko rasa kenapa aku sokong kau...sudi berkawan dengan kau...tanpa aku bg nasihat pergi ke jalan yang benar...

Aku bukan muslim...tapi aku tau dari sudut agama ISlam...its wrong..aku bukan nak menyesatkan ko..tapi...entahlah shah...

kau struggle di dunia ni...macam aku pernah cakap dengan cik muslimah...ko tak minta dilahirkan begini atau jadi begini...semuanya ketentuan Tuhan juga...Sebab tu aku tidak banyak mempersoalkan...Sebaliknya aku menawarkan salam persahabatan...dengan harapan ko akan gembira...

Cik muslimah...maafkan saya...kerana dasar ini juga lah saya menegur cik muslimah satu masa dulu... bukan niat nak "memesongkan" shah lagi ke tak...I just cant bear he got hurt.

How i say...mybe im born like this....mungkin suratan nasib aku ditentukan oleh Tuhan begini yang aku sentiasa menderita..Penderitaan sama ada aku terima dari kawan1 aku atau family aku....tapi dalam hati aku...sentiasa ada azam atau should i say..motto?? Tuhan dah jadikan aku begini, aku lansung tak boleh melihat penderitaan orang lain dan air mata orang lain...even orang tu aku lansung tak jumpa or kenal...

Entry ko dan komen cik muslimah sebelum ni...buat aku serba slah..its like...dunno...like aku dah....hmm...sorry shah...aku harap ko bersabar...menggislah semahu2nya...sebab tanggisan tu ubat...

Maybe, just suggestion....ignore the comment that u dunt like...tapi aku tau...its imposible..hmm aku tak tau nak nasihat apa...coz..aku pun dah buntu...im sory u got hurt

Cik Muslimah...im sory not supporting u even though kita sama2 perempuan...we have different idea but we still can b fren..i need ur comment in my blog also...maybe its useful

Hans said...

totally agree w syah .. i'v done evrythng in my power since high school but it turned out bullshit .. i'v heard of a therapy 4 ths but never heard of the successful outcomes ..

the only thing that we can hope for is just a miracle ....

Daszz said...

I feel the pain......... it's not easy living in the secret........ only god knows how i feel inside........ sometimes i just wonder what's wrong w me..........

Anonymous said...

kecelaruan naluri bukan lah benda yg di sengajakan... bukan seperti isap dadah, minum arak etc, yg boleh di elak dan di tinggalkan...
perasaan dan naluri mmg wujud dan kekal dlm diri seseorg... kite boleh menipu org ramai dengan perwatakan dan gaya, tapi kite tak boleh menipu diri sendiri...tentang hati dan perasaan... jahat ke kite punyai perasaan dan naluri begini?

manusia2 straight tambahan yg bijak dlm beragama.. hanya tau menghukum.. dan memandang rendah! things are easy to say than done! tapi adakan diaorg tahu utk membimbing?


zorromelayu

shah said...

cikmuslimah >
terima kasih krana trus mengingatkan..!!
aku bsyukur krn ada orng sprt cikmuslimah n adam yg br komen dlm blog ini..


Mel >
aku tau mel, ko mmng xpernah persoalkan tntng apa yg aku lakukan..
itu sudah cukup baik ko dpt berikan.. bukanlah aku minta ko sesatkan aku.. krana ini jalan yg aku pilih sendiri..
bukanlah juga aku minta ko betulkan aku.. krana kwn, akan menerima diri dgn seadaanya..

sokongan n kata2 positive yg ko berikan kpd aku slama ini amat aku hargai... aku appreciate it very much..

ko xperlu rasa bersalah..

hidup orng mcm aku ini mmng macam ini..

slalu di dlm dilema, selalu berada dlm keadaan yg tidak menentu..

tidak bleh mmbuat keputusan, keliru..

slalu berubah2 pendirian.. pendirian berkenaan dgn status diri.. slalu trumbang ambing..

hidup orng mcm aku ini slalu sukr utk mmbuat kputusan...

aku paham!!..

dgn keadaan orng2 spt aku yg sebegini.. selalu terumbang ambing dlm mmbuat kputusan, akan mmuatkan orng2 seperti ko, gazyCristiano,Daszz n lain2 akan pening n susah utk mmberikan respon kpd entry2 aku...

korng terima jer lah...

hidup orng sprt aku ni akan sering tumbang ambing scr fizikal n emosi...

apa yg aku minta dr korng, jd la diri sendiri... klo nak beri komen, ktakan apa sj dr hati korng.. ikhlas n jujur...

tdk perlu memikirkan tntng hati n prasaan aku, krn aku memang meminta agar orng menilai aku di dlm blog ini..

krn aku tidak mahu dinilai sbg diri aku yg sebenar diluar sana..!!


darklight >
aku sgt mengharap2kan blaku keajaiban keatas diri aku ini..!!

tiada siapa minta utk jd begini..!!
tq darklight


Daszz >
aku tahu, semua orng mcm kita ini akan mmpunyai prasaan sprt aku ini...
ttp bgantung kpd penerimaan dia thrp dirinya n level of confidence trhdp jalan yg dia tlah pilih..

bg aku, aku masi di awng2an krna blum ada jalan yg betul2 aku pilih..

aku masih di persimpangan n dunia lakonan aku di luar sana..!!

smpai bila aku tidak tahu.!!

trima kasih krana mengerti Daszz...


zorromelayu >
betul apa yg ko ktakan.. agama n bangsa melarang kita mjadi begini, ttp ini semua adalah naluri...

krn itu kita berada di persimpangan dlm mmbuat keputusan..
ttp pd aku, aku tidak akan sesekali akan mmbelakangkan agama, ttp naluri ini bgaimana?

krn itu aku tdk tahu apa yg harus dilakukan..

keajaiban yg aku harapkan..!!

Khairy Amry said...

shah awak mesti ikhlas kan diri kalau nak berubah..
bukan sebab orang lain..

Joey said...

it's good you dont have that addiction

lebih susah nak berhenti kalau addicted..

Sepet said...

:) boleh nak sebok2 tak..hehe!!

wat eva it is...
kesilapan atau kebenaran...
semua tu allah buat bersebab..

:)

ade hikmah nye...

jgn rase down ye sayang..
igt allah sentiase sayang kite..
even ape yg kite buat salah...
dia tetap dengar rintihan kite...

:)

tuhan tau awak kuat nak mengharungi rintangan ni..dats y dia bg awak...

memang orang hanye pandai suruh sahaje...tp yg penting...
awak tau siape awak..

i love u syah...

:D

*sori saye tak pandai nak berkate2..tapi sebok nak taip jugak..pape pon..saye suke blog awak..keep it on k. :D*

kaka crackr said...

:(

Anonymous said...

shah, sorry sebab aku baru ada peluang nak lawat blog kau.

Betul cakap adam tu, pilihan ada kat tangan kau.

Kau cakap kau nak berubah, aku doakan kau berjaya. Tapi dengan niat saja tak cukup, kau kena mencuba.

Lastly,
aku rasa, tengah aku baca luahan perasaan kau. Tiba2 ada gambar lelaki dalam spender. Apa kes? Nampak macam tak berapa bersungguh-sungguh la brader. Sorry, ini pendapat aku je

sobberman said...

salam perkenalan.

Hi, shah. Saya dah beberapa kali ke blog ni.

Kenyataannya, 'perasaan' itu akan tetap ada dan paling penting bagaimana kita mengawalnya. Maaf, bukan sm nak tunjuk pandai.

Buat shah, jalani idup nie dgn penuh kesabaran. Sm harap satu hari nanti perasaan itu hanya tinggal perasaan je. Sesama kita berdoa dan berusaha kearah itu.

.
MALAYSIA BOLEH! :)

faizul darius said...

assalamualaikum.

Hurm... kecelaruan naluri. Ini penyakit emosi. Mulut kata tak, tapi naluri kata ya.
Ini namanya dugaan Allah. Menguji Shah, sama ada mampu menghadapi ujian hebat ini. Ada orang diuji dengan kesusahan, kesenangan dan macam-macam lagi, Tapi shah diuji untuk memilih mana yang betul dan tidak betul.Mmemang sukar untuk Shah berubah, inilah kehebatan ujian ni.

Renung-renungkan, dan selamat beramal...

Anonymous said...

beb... aku faham perasaan kau. aku lessy. susah nak menipu diri sendiri bila menjadi diri kita. sekurang2nya kau lelaki tapi aku perempuan. perempuan nie banyak dateline. dateline kawen la dateline beranak la.. tak lama lagi monopaus plak...

aku nak share experience aku. i've been wif my gf for 6 years. i have sacrifice a lot for her. Dari org yg takde apa2 now she is somebody. but last 5 months ago she changed. she has someone. 3x kononnya dia clashed dgn pmpn tu sbb pmpn 2 pn sukakan aku..

bila kali ke tiga aku dapat tau dia balik dgn pmpn tu aku jd gila. aku nyaris nak bunuh diri sendiri jst nak attention dr dia. she doesnt care!! wat happend affect kije aku. until my officemate aku btanya. aku mintak dia dgr wif open mind n not prejudis. i told her everything. i cried infront of her. alhamdulillah. she b my gud listener. wif god will aku jumpa blk ngan kwn aku yg selalu kutuk aku tapi bl aku bcerita masalah aku dia mdengar dengan ikhlas.

Berkat sokongan kwn2, now i have guts untuk tampar dia! aku mintak dia tinggalkan aku! aku now just anggap dia kawan. i live in brighter life.

CIK MUSLIMAH OR WHOEVER KAT LUAR TUH, kalau nak ubah orang bukan dgn nasihat begitu but be closer friend to us. sikap sahabat2 yang sudi mendengar tanpa membebel dan mengutuk betul2 membuat saya lega. we just need someone to listen. slowly and surely we will changed if u give us better example. i have proven myself. alhamdulillah.. saya dah start sembahyang semula, pergi tawassur mula cuba buka hati kepada lelaki berkat sokongan kwn2. but it takes time... TOLONG JANGAN KUTUK KAMI TAPI BERIKAN KAMI JALAN DENGAN SOKONGAN. JANGAN PANDANG KAMI HINA KERANA BUKAN ITU MAHU KAMI.. BIMBING KAMI DENGAN KELEMBUTAN

Anonymous said...

TO THOSE ORANG2 YANG NAK KAMI BERUBAH... NAK TAU KENAPA KAMI SUSAH BERUBAH? SEBAB KAMI TIDAK ADA KWN2 NORMAL YANG BOLEH MENJADI PENDENGAR YANG BAIK DAN MENARIK KAMI. ANDA HENDAK KAMI BERUBAH TETAPI ANDA TIDAK MENARIK. ANDA NAK KAMI BERUBAH SATU MALAM. ANDA LEBIH SUKA BERCERAMAH. SUDAHNYA KAMI LEBIH SUKA DUDUK BERSAMA KAUM SEJENIS KAMI.

JADILAH SAHABAT KAMI. PENDENGAR SETIA. PERLAHAN2 NASIHATI KAMI. KALAU ADA RAMAI KAWAN2 YANG BER'AGAMA' TETAPI BERSIKAP TERBUKA YANG MENJADI SAHABAT DAN PENDENGAR SETIA INSYAALLAH PERUBAHAN ITU AKN ADA. PERLAHAN2. TAK MUDAH UNTUK BERUBAH KERANA IA MELIBATKAN PERASAAN. JGN PANDANG KAMI JIJIK

galatea said...

salam, aku..
aku(galatea) faham apa yang kau lalui..
aku juga mempunyai background yang lebih kurang sama.. dan alhamdulillah aku berjaya kembali ke pangkal jalan..
jangan risau, kau seorang yang kuat, dan insya-Allah Tuhan akan bantu kau lalui semua ini..
berubahlah sedikit demi sedikit..
aku yakin kau mampu lakukannya..
kalau rasa ada masalah, datanglah kat blog aku..
aku tulis dalam inggeris, tapi x ada masalah kalau kau nak guna malay..
aku akan tolong kau apa yang aku boleh bantu..
kalau ada masalah dari segi konflik dan emosi pun aku sedia mendengar..
percayalah cakap aku.. masih ada ruang untuk kau berubah dan masih ada orang di dunia ini yang ingin memahami kau..
jangan rasa sepi.. Allah sentiasa sayangkan hamba2nya.. dan aku selaku sedara seagama pun sayang kat kau..
Take care..

[Nizt89] said...

wow....ur name's syah right?

i do know a few ppl like u and ran into them throughout my life. tapi tak pnah2 lagi jumpa someone yang sincerely confess and sangat2 menyesali dgn ur status walaupun sukar nak diubah. ur tears are pure real dimata Allah, bukan tangisan sbb putus cinta. tangisan kerana sesal dan niat nak bertaubat. that really pure, syah.

syah. mmg ssh nak berubah but cuba biasakan diri perlahan2.

Asalkan awk ada niat nak berubah, awk buat perlahan2 and awk sesali dgn semua ni, sy yakin Tuhan ampuni segala dosa aawk.

mcm diorg ckp. bukan awk mintak jd mcm ni. Tuhan yang dah tetapkan jalan hidup awk mcm ni, he wants to test u. asalkan awk sesali semuanya dan cuba juga utk berubah walaupun perlahan2, ada niat utk hentikan semua ni,

u will be fine. God knows that.

Anonymous said...

assalamualaikum..
shah..
mungkin kita di landasan yg sama..
ingin berubah..
tapi naluri tetap ad..
how..
berpura2 adlah sesuatu yg penting to look as normal..but samp bile..
ok..
saya beripandangan..
if we want fall in love..
adakah gurl die nk laki yg agk lembut as her husband or bf..
smue menolak..
then how we can change???
cik muslimah??
bagi penjelasan..
for me shah what i do is what i fell im happy..
as long as tak der org pernh kco my life,..
o try to stop..but benda ni still ad..mmg anugerah n ujian Allah buat hambanya..even ilmu agamaku setinngi gunung tetapi...
jalan berubah tiada...
mcm mne???
aku pn buntu...
tapi...alhamdulillah aku tak penh buat..
aku takut..but i just want to share same fell to other guy yg senasib..aku menjadi "pelik"hanya di dunia siber..but as reality...aku ni normal human...
aku on tak tau siapa aku sbnr nyer..

hamba Allah..
mencintai n di cintai...
budakbaek@live.com

Anonymous said...

"serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara hikmah(bijaksana) dan pengajaran yang baik....(sampai akhir ayat)" al quran

nak mengajak org pada jalan Allah mesti lah dgn cara berlembut dan bijaksana, kita raikan apa yg ada pada mereka skrg ini, mrk bkn tak tau halal dan haram, tp mrk ini tidak ada kekuatan, kita lah yg merangsang kekuatan itu pada mereka, 'support' utk berubah itulah kaedah yg terbaik.

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri merubah apa yang ada pada mereka" al quran

buat shah dan sesiapa yg diluar sana, kuasa merubah ada pada tgn kita, sy setuju dgn adam, kembalikan urusan kita pada Allah, Allahlah tempat pergantungan yg selayaknya, minta kekuatan dpdNya, dlm pada msa yg sama jauhi segala bentuk perkara yg bole mengembalikan kita ke jalan 'itu'.InsyaAllah...'man jadda wa jadda' siapa yg bersungguh2 dia akan dapat. Wallahua'alam (MR.K)

Bonekahati said...

sifat homoseksual adalah ditentukan secara genetik

Anonymous said...

salam Shah,
changing may be hard, but its not impossible, if u REALLY wanna change, seek professional help, they'll know what to do...

and yes, i'm nobody to give advices, let alone tell people what to do, so saya minta maaf jika ada hati yang tersinggung, kita wujud kerana Allah, jadi kita juga perlu kembali kepada Allah- the answer is in front of ur eyes all along...

Allah sedang menguji hambanya, sebagai saudara seIslam, saya merayu Shah berubah, pilihlah jalan Allah...

Maaf sekali lagi jika saya melampau dalam kata2

Salam...

z.a.r.a said...

hmm..salam shah...aku baru baca blog ko ni...aku respect sebab ko jujur even dalam alam cyber ni...

aku tak pandai nak nasihat/bagi pandangan lebih2...ape aku boleh cakap...aku akan selalu dtg blog ni.. baca entri ko...dan menyokong ko dari blkg...

aku doakn ko berjaya dlm hidup...satu hari miracle yg ko harapkn...insyaallah akan datang..

ko teruskn usaha ok :)

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Anonymous said...

Assalamualikum...

syah.. first time sya antar komen kat mana2 blog.. dan sya juga tertarik nak buat blog berupa luahan seperti ini.. dan menerusi blog awk ni, betapa sya sedar.. ramainya org seperti KITA dan sebenarnya lebih ramai lagi org yang begitu mengambil berat mengenai hal ini..

sejak sya hidup d dunia ini, inilah kali pertama sya terasa terpanggil untuk menterjemahkan apa yang sebenarnya ada dalam hati sya.. takut, malu, terasa jijik, berpura-pura dan sebagainya.. dan semua itu menjurus kepada perasaan tak ikhlas dengan diri sendiri.. buat pertama kalinya juga, sya berasa simpati terhadap diri sya kerana kisah kita sama..

persoalan bila semua ini akan berakhir membuatkan sya benar2 terpanggil untuk berfikir.. adakah perlu untuk kita mengorbankan kebahagian org lain semata2 untuk menutup nafsu songsang kita dengan ikatan murni yakni perkahwinan?? membuktikan kita sebenarnya lelaki normal dengan melahirkan seberapa banyak zuriat yang kita mampu?? Sedangkan hati kita masih berada di takuk yang sama??

ahhh.. terlalu besar ujian ini.. aku jua ingin berubah.. dan langkah pertama adalah dengan melarikan diri dari bf sya.. tak reply text, tak jawab call, marah2 dgn dia.. wapun terasa sakit.. tapi itu adalah cara yang paling baik..

cuba memilih teman yang betul2 memahami.. dan kalau boleh elakkan dengan rakan sejenis yang tergolong dalam golongan songsang.. sebab itu boleh membawa kita lebih jauh hanyut.. tak salah nak kawan, tapi percubaan itu sememangnya bahaya jika rasa hati tidak kuat utk menolak segala cabaran.. lebih banyak bergaul dengan lelaki yang normal.. sememangnya kebanyakan lelaki normal jijik dengan kita ni, tapi yang pasti, jika mereka tahu niat suci kita nak berubah.. insya-allah dia akan bawa kita ke jalan itu.. sya dah laluinya.. dan cara sya, tinggal kat asrama.. cuba untuk mencabar diri sendiri dengan perkara2 yang rasanya kita tak boleh buat tetapi d lakukan dengan mudah oleh golongan normal ini.. cuba paksa diri...

yang pastinya, kita hanya mampu merancang dan dialah yang maha menentukan.. sesungguhnya, doa kita tidak akan termakbul tanpa kita memohon.. dan nasib kita tidak akan terubah tanpa kita memulakan langkah pertama.. itu janji-NYA pada kita dalam kitab suci-NYA..

kepada rakan2 yang lain, jika api yang sedang marak disirami dengan minyak, maka ia akan bertambah menjadi2 dan bisa membakar diri.. namun, jika api yang sedang marak di balas dengan air, meskipun dalam jumlah liter yang sedikit, jika d lakukan bersama-sama, tidak mustahil luka yang begitu parah kesan daripada lecuran api dapat d kurangkan.. dan mudah2an luka lecuran itu akan menjadi pengajaran buat kita.. ;)

assalamualaikum..